|
|
| Friday, 29-Jul-2011 12:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fotografi Makro
|
|
Salam.
Entri kali ini adalah berkenaan fotografi makro. Ia adalah sejenis cabang fotografi di mana saiz subjek di sensor (ataupun filem) lebih besar daripada atau sama daripada saiz sebenar subjek. Ini dapat ditentukan dengan nisbah pembesaran (magnification ratio) dan ini adalah satu istilah yang selalu digunakan dalam fotografi makro.
1:1 magnification ratio bermaksud saiz imej di sensor adalah bersamaan dengan saiz subjek. Manakala 1:2 magnification ratio bermaksud saiz imej di sensor adalah dua kali ganda berbanding saiz sensor.
Bagaimanakah magnification ratio ini dapat diukur?
1)Pasangkan lens makro(ataupun apa-apa gajet makro yang anda ada)
2)Ambil pembaris.
3)Ambil gambar pembaris tersebut sedekat mana yang boleh dan in-focus.
4)Dapatkan panjang imej pembaris yang ditangkap.
5)Bandingkan dengan saiz sensor kamera anda. (Nikon D40 = 23.7mm, D90 = 23.6mm) ------> saya dapat bagi contoh ini sahaja kerana saya ada dua biji ni sahaja...hehe...
Terdapat beberapa cara untuk fotografi makro ini:
1)Menggunakan lens makro
2)Menggunakan filter makro - dengan menggunakan filter, ia akan bertindak seperti kanta pembesar yang diletakkan di hadapan lens.
3)Extension tube (ET) - Sejenis gajet yang diletakkan diantara body dan lens.
4)Reverse lens - menggunakan lens yang diterbalikkan bagi mendapatkan magnification ratio.
Saya sendiri pun sebenarnya pertama kali bermain dengan makro ni. Sebelum ini saya hanya tahu sahaja berkenaan makro, tapi pada outing Photosantai.com ke Melaka 23 & 24 Julai 2011 yang lepas telah mendedahkan saya kepada praktikal makro. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi (dan pinggang yang kuat..hahahaha). Ini adalah hasilnya dengan menggunakan Nikon D40 + Tamron SP90 + SB600 + diffuser:
DSC_9527 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
DSC_9552 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
DSC_9564 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
p/s : Maaflah kalau gambar ada noise. Biasa lah, kamera murah. Nikon D40.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Jul-2011 04:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tikus Belanda (Guinea Pig)
|
|
Dah lama rasanya tak ambil gambar guinea pig. Kali terakhir rasanya semasa baru mula-mula beli tikus ni. Gambar ni diambil pon sebab forum Photosantai.com ni menganjurkan pertandingan fotografi bertajuk binatang peliharaan.
DSC_7125 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
DSC_7136 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
Atas rezeki Allah, gambar pertama di atas telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
p/s: Bagi sesiapa yang pernah lihat saya ambil gambar tikus ni dulu, itu adalah bapa kepada tikus yang saya ambil sekarang ni. Bapanya telah mati pada Jun 2011 yang lepas.
http://pakya001.fotopages.com/?entry=2004530
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Jul-2011 03:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Vertorama | Port Dickson
|
|
Vertorama adalah satu teknik fotografi yang banyak digunakan dalam lanscape photography. Tapi apakah itu sebenarnya vertorama? Vertorama adalah gabungan dua perkataan iaitu 'vertical' dan 'panorama'. Kebiasaannya panorama dilakukan secara horizontal, akan tetapi vertorama ialah panorama secara vertical. Ini bermakna dua atau lebih imej digabungkan secara vertical di dalam digital darkroom.
Apa gear yang diperlukan untuk vertorama ini:
1)Sebuah kamera
2)Tripod (It is not a must, but it is good to have tripod)
Step seterusnya?
Ambil gambar menggunakan exposure yang terbaik bagi framing tersebut.
Kemudian?
Gabungkan di dalam software yang diperlukan. Cara menggabungkan tersebut bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Hasil?
:: Vertorama di Port Dickson ::
Vertorama by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Apr-2011 18:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Haiwan
|
|
Gambar di bawah di ambil pada 9 Januari 2011.
:: Kucing | Hitam Putih ::
by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
:: Burung | Warna ::
by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
:: Rajawali Terbang Tinggi ::
by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
:: Burung di atas kabel ::
DSC_8260 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Mar-2011 09:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Port Dickson | Slowshutter
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sepertimana yang anda semua sedia maklum (kalau tak maklum, sila ambil maklum), exposure sesuatu gambar dikawal oleh tiga parameter iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Shutter speed yang tinggi dapat memegunkan keadaan atau dengan kata lain 'freeze the moment' dan mengehadkan jumlah cahaya yang masuk manakala shutter speed yang rendah dapat membenarkan cahaya yang lebih banyak melaluinya lalu mencerahkan gambar.
Entri kali ini adalah gambar-gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah atau dikenali sebagai 'Slowshutter'. Walaupun ada yang tidak suka menggunakan slow shutter (kerana bagi mereka,penggunaan shutter speed yang rendah akan menyebabkan shaking), akan tetapi slowshutter dapat membuahkan hasil yang menarik. Ia dapat merakam movement subjek (ini adalah menarik jika kita lihat kesan slowshutter kepada kesan naik turun ombak di tepi pantai).
Slowshutter tidak terhad kepada ombak di tepi pantai. Ianya juga boleh diaplikasi kepada apa sahaja yang bergerak (ada movement). Akan tetapi gambar-gambar dibawah, amek je kat tepi pantai..hahaha....
Peralatan:
Peralatan yang wajib ada untuk slowshutter ialah tripod. Apabila bermain dengan shutter speed yang rendah, gegaran (shake) mudah terhasil. Tripod adalah penting untuk mengelakkan gegaran tersebut.
ND (Neutral Density) filter adalah perlu hanya sekiranya long exposure yang dikehendaki tidak dapat di compensate dengan aperture dan ISO. Dalam bahasa biasa, ND filter ini adalah seumpama tinted cermin kereta yang fungsinya hanya untuk menggelapkan keadaan bagi mendapatkan shutter speed yang rendah.
Graduated ND filter pula adalah perlu sekiranya bermain dengan landscape. Ini kerana kebiasaannya apabila gambar landscape diambil, exposure langit akan wash out(over exposed) untuk mendapatkan foreground yang well exposed. Ini kerana dynamic range kamera itu sendiri. ND grad ini berfungsi untuk menggelapkan sedikit langit supaya kedua-dua langit dan foreground well exposed.
Berikut adalah hasil-hasil slowshutter saya:
:: Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia ::
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Mar-2011 22:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nurul | Si Kecil Dengan Mata yang Menawan
|
|
Pada tanggal 13 Mac 2011, saya berada di Pengkalan Balak, Melaka kerana mengiringi sahabat saya Mohd Azham yang mengikat ikatan perkahwinan bersama wanita pilihannya. Anak buahnya, Nurul mempunyai mata yang menawan sehinggakan menarik minat saya untuk mengambil gambarnya. Matanya sangat istimewa kerana terdapat 'catchlight' dalam mata.
'Catchlight' adalah istilah fotografi yang mana apabila gambar potrait diambil, kehadiran cahaya dalam mata subjek dipancarkan kepada kamera dan memberi 'punch' atau 'wow-factor' kepada gambar tersebut. Catchlight boleh jadi daripada natural light ataupun dihasilkan daripada flash sendiri. Sumber cahaya yang besar adalah satu faktor bagaimana catchlight terhasil. Flash yang disambung kepada payung ataupun refector membuahkan catchlight yang menarik. Walaubagaimanapun, untuk gambar Nurul di bawah, tiada artificial light digunakan mahupun reflector. Saya hanya menggunakan Nikon D90 bersama Nikkor 55-200mm f/4-5.6.
:: Nurul with beautiful eyes ::
P/s : Kalau tengok dan zoom betul-betul ke dalam mata Nurul, pasti akan nampak reflection saya yang sedang ambil gambar si kecil ini.. What a beautiful eyes.. Subhanallah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Mar-2011 13:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Karnival Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011
|
|
Pada 12 Februari 2011, Karnival Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011 telah diadakan dan majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor.
:: Hasil-hasil daripada Nikon D40 ::
:: Hasil-hasil daripada Nikon D90 ::
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Mar-2011 13:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Baby Photoshoot
|
|
Dengan berbekalkan Nikon D90 bersama Nikkor 55-200mm f/4-5.6 dan jugak SB-600 dan payung, saya ke rumah Abu Zuhair untuk shoot baby dia yang baru lahir... Background yang digunakan ialah kain baldu berwarna hitam yang dibeli oleh Abu Zuhair semata-mata untuk photoshoot ni..hehe...
:: Newborn baby ::
:: Bermanja-manja pulak ::
:: Kepada ibu bapa, jangan tiru aksi ini ::
:: Saya bersama Abu Zuhair ::
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Mar-2011 09:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birding | Memburung
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah lama tak update fotopages ini, akhirnya saya mengambil inisiatif utk update jugak pada hari ini... Tajuk kali ini ialah birding atau dalam bahasa melayu (setelah direct translation) ialah memburung.
Jangan tanya saya nama burung, sebab saya memang tak mahir dengan nama-nama burung...tangkap gambar burung ini pun dengan lens pinjam iaitu Nikkor 400mm f/5.6 manual lens yang dipinjam daripada Abedin (serdang001).
Gambar ini diambil di KL Bird Park.
P/s : Gambar yang upload ke photobucket kualiti tak bagus...hilang sharpness gambar...dah tukar sekarang pakai flickr...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Nov-2010 10:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Port Dickson | Negeri Sembilan, Malaysia
|
|
Speed 1/160s, f/8 at 18mm ISO 200.
|
|
|
|