PakYa 's FotoPage
Photobucket
By: Ya Mohammad Nazir Syah bin Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-Oct-2010 09:49 Email | Share | | Bookmark
Mendaki Bukit Broga dan Outing di Port Dickson

 
 
 
Pada 16 Oktober 2010, bermulalah ekspedisi mendaki Bukit Broga...(padahal naik berempat je)...bertolak dari Kajang (rumah member) pukul 5 pagi...sampai di Broga terus mendaki....akhirnya sampai di puncak pertama pada jam 6.30 pagi....

Shot di puncak pertama Broga...


Speed 1/10s , ISO 200 , f8 @18m...Nikon D90...



Speed 1/20s, ISO 200, F8 @ 18mm..Nikon D90


Sekeping guna telephoto lens...Nikkor 55-200mm.

Speed 1/50s, ISO 800, F8 @ 82mm..Nikon D60


Keadaan puncak Brga yang ramai orang...









Silhoutte di Broga







Selepas Broga, petang tu pula outing bersama geng Photosantai.com ke pantai di Port Dickson....matlamat mereke ialah bermain dengan slow shutter...sebagai seorang yang tiada ND filter mahupun ND grad filter, saya hanya mampu belajar, tengok2, amek shot apa yang boleh pastu test lens orang...(Sigma 70-200mm F2.



Cubaan menggunakan lens Sigma 70-200 F2.8...

boleh tahan jugak bokeh nya...membulat2...haha...


Ali Rizal yang seakan-akan photographer National Geographic (tapi macam askar vietnam jugak)



Paraglider






Speed 1/400s, ISO 200, F8 @ 160mm (D90 + Nikkor 55-200m)


Silhoutte










CLS (Creative Lighting System)
Bermain dengan flash, triggered off-shoe dan diffused by umbrella.

Model : Ali Rizal semasa sunset di PD
Speed 1/13s, ISO 800, F4 @ 18mm.



Friday, 15-Oct-2010 08:11 Email | Share | | Bookmark
Lama tak update entry.....

 
 
 
Atas permintaan ramai orang, termasuk lah Violet Biru, akhir nya saya mengupdate la jgk fotopage ini...tp apa yang nk update eh?letak je la apa yang patut kn?hehe...

nak start dengan apa eh?hmmmm.....ni kot....




Ni ha.....tiga dara pingitan...gambar menggunakan lens Nikkor 55-200mm dari jarak jauh utk eliminate background yang distracting...




Panning....

speed 1/80s, ISO 100, f5.6 @ 55mm..Nikon D60



Bangunan KTM Kuala Lumpur...architecture...






Silhoutte...

speed 1/80s, iso 400, f8 @ 18mm.
Tips untuk silhoutte:-
1)pastikan terdapat contrast subjek dengan background sekurang-kurangnya 3 stop atau lebih.
2)metering exposure pada beckground,akan tetapi focussing pada subject.
3)pastikan subjek adalah well-known subjek...
4)jangan biarkan bayang bertindih dengan bayang lain utk mengekalkan rule no 3 di atas.



Building...Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar..

CPL (Circular Polarising Filter) adalah sejenis filter yang penting untuk shoot landscape. Ada dua tujuan dalam fotografi :-
1)membirukan langit
2)eliminate reflection pada permukaan yang memantul (pintu kaca,dinding kaca, permukaan air)



Slow Shutter....
..sebuah percubaan main slow shutter yang agak-agak tak menjadi pun...

Nikon D40, Speed = 20 seconds, ISO 200, f16 @ 22mm...

Slow shutter adalah suatu teknik menggunakan long expusure bagi mendapatkan movement (sebagai contoh, air laut di tepi pantai). Untuk mendapatkan long exposure, gambar akan menjadi over-expose, jadi ND filter diperlukan untuk mengurangkan cahaya yang masuk bagi membolehkan long exposure dibuat...





Monday, 26-Apr-2010 16:05 Email | Share | | Bookmark
Star Trail di Pantai Batu Layar,Johor

 
Kali ini saya nak post pasal star trail....time pegi ke pantai batu layar,saya mengambil kesempatan utk shoot star trail...cara nk wat star trail mcm ni tak de la susah mana...tp pemilihan kawasan tu penting..area bandar kurang sesuai utk star trail sebab byk cahaya dari bandar...ada cahaya kemerah-merahan di bahagian bawah nanti...tempat utk main star trail ni seelok-eloknya memiliki langit yang clear,supaya bintang lebih jelas kelihatan..

Di sini ada nota yang saya ambil dari PhotoSantai

Quote:

figure 1: bumi (E) mengelilingi matahari(S)

ok, kita assume dlu bahwe bumi ni bulat dan membuat satu pusingan penuh dalam masa 24 jam... semasa bumi ni berpusing, semua cakerawala ini juga kelihatan berpusing... termasuklah bulan, matahari dan juga bintang...

oleh kerana kedudukan bintang terlalu jauh, maka kita tidak perasan pergerakkan bintang ini... jika kita lihat kapal terbang bergerak perlahan di langit berbanding kereta diatas jalan, maka klu bintang... lagila slow pergerakkannya....

mengambil gambar bintang sama seperti mengambil gambar bunga api.... kita kena test bukaan aperture... dan baru pilih aperture tersebut..... ada bintang yang mempunyai kadar cahaya yang lebih... ada bintang yang mempunyai kadar cahaya yang kecil.... selalunya f/5.6...... tapi klu tak cukup terang nak capture, kena guna lagi besar eg. f/4 atau f/2.8
klu amek gambar bulan, kita bleh guna f/8, 1/250s... tapi jgn cuba kat bintang.... mahu x jadi...

sumer mende kat atas ni, sumer org dah tahu....

tapi apa yang menariknya disini adalah camner nak dapatkan supaya kita dapat merakam bintang yang berpusing pada suatu pusat (yang dipanggil pole/kutub). lihat rajah diatas...

bumi berpusing mengikut paksi, jadi pusingan bumi itu menyebabkan kita (jika berada di hemisfera utara) akan dapat melihat bagaimana bintang ini mengelilingi kutub (pole) ini. keadaan ini sukar berlaku di sini kerana kita berada hampir di garisan khatulistiwa 1 darjah utara...


figure 2: perbezaan fotographer yang mengambil gambar dari lokasi A 23 darjah utara & lokasi B 1 darjah utara.

Untuk mengetahui dimana kedudukan kutub atau pole ini adalah, kia perlu mengarahkan kamera kita 0 darjah utara... dan dongakkan kamera mengikut lalitud kita berada... (di malaysia, dongakkan 1 darjah)... oleh kerana di Malaysia, kita tidak mempunyai window clearance yg baik, jadi untuk melihat fenomena ini, kita perlu melihat ufuk langit di tepi pantai atau dari suatu kawasan yg tinggi (misalan atas bukit).

Jadi klu fotografer yg berada di lokasi A,beliau hanya perlu mengarah kamera itu kearah utara, dn dongakkn kamera 23 darjah. dan beliau buleh merakam pusaran bintang ini.... Kalau kita di lokasi B, kita hanya boleh melihat bintang berpusing pada pole/kutub itu ditepi pantai....


figure 3: tempoh masa rakaman

Untuk merakam putaran ini, anda perlu mendedahkan exposure selama 12 jam!!! untuk mendapatkan separa (half) pusingan... kerana satu putaran bintang ini adalah bersamaan dengan satu pusingan bumi iaitu 24 jam...

jika anda membuka shutter selama 1 jam pun, anda tidak akan mendapat trail yang panjang....

untuk mendapatkan kesan trail yang panjang, halakan kamera ke arah barat atau timur, tapi... anda tidak boleh melihat bintang tersebut berpusing... anda hanya merakam samada bintang itu akan naik keatas (jika menghala kamera ke timur) atau bintang akan menurun jika menghala kamera ke barat.

wallahualam...

slamat mencuba...


Untuk nota di atas, penghargaan di beri pada Abg Mie (Suhaimi Saleh)..sila lah lawat http://miefoto.fotopages.com dan http://suhaimisalleh.com/wp2/..saya amat kagumi beliau...beliau adalah contoh yang baik bagi saya dalam bidang fotografi ni...

ok lah, sebelum saya mengakhiri entri ni, inilah hasil star trail saya tempoh hari...

Exif: Nikon D40, aperture f8, shutter speed 589.9 seconds (lebih kurang 10 minit), ISO 200


Saturday, 20-Mar-2010 18:49 Email | Share | | Bookmark
Putrajaya | Hot Air Balloon 2010

 
 
 
View all 4 photos...
Tadi pegi sorang-sorang ke Putrajaya...nak layan belon panas ni...sampai je putrajaya,jalan raya tersangat la sesak...aku bernasib baik sebab naik moto je ke sana...sampai ke tapak pesta tu je,tgk2 ramai nye org...rasa tak seronok plk ramai2 mcm tu...so,aku tak lama pun kat sana...pastu lari ke Jambatan Wawasan,pastu trus ke Masjid Putrajaya....

here is some of the pics...









Tahap keramaian yang merimaskan...












Ni yang buat aku segan datang pesta@karnival camni nih~




sedikit Black&White...








wide + silhoutte




bermain dengan flash






Monday, 15-Mar-2010 15:26 Email | Share | | Bookmark
Gambar macam-macam

 
 
 
Kompilasi gambar2....

Sunrise di balai cerap...wahai rakan2,sape cakap sunrise kat balai cerap tak cantik?



Danga Cruise di Danga Bay



Still di danga bay..main silhoutte...



Handheld shoot bulan...


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net