PakYa 's FotoPage
Photobucket
By: Ya Mohammad Nazir Syah bin Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Mar-2011 09:15 Email | Share | Bookmark
Port Dickson | Slowshutter

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang anda semua sedia maklum (kalau tak maklum, sila ambil maklum), exposure sesuatu gambar dikawal oleh tiga parameter iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Shutter speed yang tinggi dapat memegunkan keadaan atau dengan kata lain 'freeze the moment' dan mengehadkan jumlah cahaya yang masuk manakala shutter speed yang rendah dapat membenarkan cahaya yang lebih banyak melaluinya lalu mencerahkan gambar.

Entri kali ini adalah gambar-gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah atau dikenali sebagai 'Slowshutter'. Walaupun ada yang tidak suka menggunakan slow shutter (kerana bagi mereka,penggunaan shutter speed yang rendah akan menyebabkan shaking), akan tetapi slowshutter dapat membuahkan hasil yang menarik. Ia dapat merakam movement subjek (ini adalah menarik jika kita lihat kesan slowshutter kepada kesan naik turun ombak di tepi pantai).

Slowshutter tidak terhad kepada ombak di tepi pantai. Ianya juga boleh diaplikasi kepada apa sahaja yang bergerak (ada movement). Akan tetapi gambar-gambar dibawah, amek je kat tepi pantai..hahaha....


Peralatan:

Peralatan yang wajib ada untuk slowshutter ialah tripod. Apabila bermain dengan shutter speed yang rendah, gegaran (shake) mudah terhasil. Tripod adalah penting untuk mengelakkan gegaran tersebut.

ND (Neutral Density) filter adalah perlu hanya sekiranya long exposure yang dikehendaki tidak dapat di compensate dengan aperture dan ISO. Dalam bahasa biasa, ND filter ini adalah seumpama tinted cermin kereta yang fungsinya hanya untuk menggelapkan keadaan bagi mendapatkan shutter speed yang rendah.

Graduated ND filter pula adalah perlu sekiranya bermain dengan landscape. Ini kerana kebiasaannya apabila gambar landscape diambil, exposure langit akan wash out(over exposed) untuk mendapatkan foreground yang well exposed. Ini kerana dynamic range kamera itu sendiri. ND grad ini berfungsi untuk menggelapkan sedikit langit supaya kedua-dua langit dan foreground well exposed.

Berikut adalah hasil-hasil slowshutter saya:


:: Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia ::












View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net