PakYa 's FotoPage
Photobucket
By: Ya Mohammad Nazir Syah bin Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jul-2011 12:52 Email | Share | Bookmark
Fotografi Makro

 
 
 
Salam.

Entri kali ini adalah berkenaan fotografi makro. Ia adalah sejenis cabang fotografi di mana saiz subjek di sensor (ataupun filem) lebih besar daripada atau sama daripada saiz sebenar subjek. Ini dapat ditentukan dengan nisbah pembesaran (magnification ratio) dan ini adalah satu istilah yang selalu digunakan dalam fotografi makro.

1:1 magnification ratio bermaksud saiz imej di sensor adalah bersamaan dengan saiz subjek. Manakala 1:2 magnification ratio bermaksud saiz imej di sensor adalah dua kali ganda berbanding saiz sensor.

Bagaimanakah magnification ratio ini dapat diukur?
1)Pasangkan lens makro(ataupun apa-apa gajet makro yang anda ada)
2)Ambil pembaris.
3)Ambil gambar pembaris tersebut sedekat mana yang boleh dan in-focus.
4)Dapatkan panjang imej pembaris yang ditangkap.
5)Bandingkan dengan saiz sensor kamera anda. (Nikon D40 = 23.7mm, D90 = 23.6mm) ------> saya dapat bagi contoh ini sahaja kerana saya ada dua biji ni sahaja...hehe...

Terdapat beberapa cara untuk fotografi makro ini:
1)Menggunakan lens makro
2)Menggunakan filter makro - dengan menggunakan filter, ia akan bertindak seperti kanta pembesar yang diletakkan di hadapan lens.
3)Extension tube (ET) - Sejenis gajet yang diletakkan diantara body dan lens.
4)Reverse lens - menggunakan lens yang diterbalikkan bagi mendapatkan magnification ratio.

Saya sendiri pun sebenarnya pertama kali bermain dengan makro ni. Sebelum ini saya hanya tahu sahaja berkenaan makro, tapi pada outing Photosantai.com ke Melaka 23 & 24 Julai 2011 yang lepas telah mendedahkan saya kepada praktikal makro. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi (dan pinggang yang kuat..hahahaha). Ini adalah hasilnya dengan menggunakan Nikon D40 + Tamron SP90 + SB600 + diffuser:



DSC_9527 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr




DSC_9552 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr




DSC_9564 by Ya Mohammad Nazir Syah, on Flickr

p/s : Maaflah kalau gambar ada noise. Biasa lah, kamera murah. Nikon D40.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net